Halaman

pelbagai resepi

0 ulasan
alhamdulillah dah msuk hari yg ke 5 umat islam berpuasa mcm mana masih ok lagi????
mesti korang semua terfikir ape yg nk msak hari nie kan ......
maklumla la kta nk menyajikan masakan yg istimewa tok keluarga kita kan..
so mri sama2 kita layan resepi yg saya kongsikan dri member2 yg len...
mana la thu kot2 bleh bgi idea kt kta tok masak ptg nie kan..

kt bwah nie saya sajikan pelbagai jenis nasi......jom layan..


1) NASI MINYAK HUJAN PANAS
Bahan-bahan 
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




2) Nasi Beryani

Bahan-bahannya:-
4 cawan beras (basuh dan toskan)
1 cawan susu cair
1 biji air perahan limau
5 sudu besar minyak sapi
4½ cawan air sejuk

Bahan Giling:-
20 biji badam
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1.2 cm halia


Cara :-
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling kemudian masukkan susu cair serta air.
  2. Bila mendidih masukkan beras dan biarkan hingga kering airnya.
  3. Ambil sekeping ayam beriyani masukkan ke dalam nasi dan tutup semula dengan nasi.
  4. Biarkan di atas api hingga nasinya tanak.


3) NASI DAGANG


Bahan-bahannya:-
1 kg beras (direndam semalaman)
300 gm beras pulut (direndam semalaman)
2½ cawan santan
1.2 cm halia (diracik)
10 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
1 sudu teh halba
Sedikit garam dan gula

Cara :-
  1. Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak.
  2. Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba.
Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.


selamat mencuba...........................