Halaman

video

0 ulasan

0 ulasan
bila tiba

shaklee produck kesihatan

0 ulasan

shaklee ummmm
pegi mana@ mesti orang promot shaklee nie...sebelum nie orang xknal sangt produk nie,walaupun dah lama kt pasaran,tetiba trus terkenal produk shaklee nie huhuhu..
okey juga produk nie wlapun mahal berbaloi laa jugak,sebelum nie aku bli bawah akak ipar aku je,so dia suggest soh aku jadi ahli,aku pon masuk jadi ahli shaklee,cox murah kit lau gna hrga ahli nie,kadang2 lau kawan2 nk beli bawah aku,aku jual,lau x aku bli untuk diri sendiri,lpgn bkan xnak jual mcm orang lain,cox aku tkot xdpt bagi komited jaa,ye la sebok di sekolah,alin xbpa nk ada
dan macam-macam la,
antara produk yang selalu aku beli adalah:

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
· Sumber alfalfa semula jadi
· Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik

Kod Produk:10164 (120 tablet)
Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.
Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
· B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
· Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
· Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Cinch® Energy Tea Mix

Tingkatkan Tenaga Anda

Kod Produk:20345 (28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
· Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
· Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
· Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
· Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
· Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Kod Produk:11003 (850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
· Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
· Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
· Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

.

Cinch Shake Mix

Kod Produk:17023 (Cafe Latte), 17021 (Vanila), 17022 (Coklat)
Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
· Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
· Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GLA Complex

Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

Kod Produk:10620 (60 kapsul)
GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil


Herb-Lax™

Kod Produk:11007 (120 tablets)
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin

Kod Produk:10163 (180 kapsul)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari

Kod Produk:10104 (180 tablet)
Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
Vita-Lea with IronFormula

Multivitamin & Multimineral

Kod Produk:10131 (120 tablet)
Kepelbagaian yang Menakjubkan
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
· Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
· Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
· Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
· Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
· Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
*聽Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nie la produk-produk yang selalu aku beli..


TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN KHAS UNTUK GURU MATA PELAJARAN TMK TAHUN 5 2014 DAERAH SERIAN

0 ulasan
HARI NIE DAERAH SERIAN ADA TAKLIMAT TENTANG TMK

muhammad fathi rayyan( pembuka pintu rezeki bagi org yg berpuasa)


tanggal 29/3/2012 
lahir seorang bayi comel yg diberi nama muhammad fathi rayyan bin mohd fadhil.di hospital putrajaya

beratnya ku xthu la bpa.coz ku xdak masa dia dilahirkan.rindunhya aku dengan fathi nie.masa mula-mula ABI fathi (iaitu abg kandung aku yg ke 2)
EN.MOHD FADHIL BIN MD SAAD (fathi punya ABI)

telifon aku bgtau yg k.ipaq
NUR FAIZAH BT HARON (fathi punya IBU)

nk bersalin bertapa aku gembira dengar berita nie,tpi pada masa yg sama ku sedih gak la coz ku xdak waktu fathi blik..
rindu sangat-sangat kt fathi,xsabaq nk tunggu raya nie nk main dengan dia.ku asa sedih sebab anak menakan pertama  aku yg pertama lahir.xdapat la ku nk merasa akan kelahiranya (btol x ayat aku nie,emm hentam je la) hehehehe.sebut pasal namanya,aku yg pilih hehehe,xsangka kak aku nk mik nama yg aku bg,mcoz dalam banyak2 nama yang aku bagi dia pilih nama fathi rayyan .gembira la aku,mdia pilih nama 2 mybe sebab aku xdapt blik 2 la yg dia plih nama 2,aku cukup suka dengan nama fathi dan rayyan.ku ingt nk boh nama anak nnti,tpi xthu la bla nk kwen,
emmmmmmmmmmmmmmmm jom la kita layaan gmbaq yang sama tpi ku edit khas tok anak menakan sulung aku yang
aku sayang nie,walaupun xdapat blik,tpi leh tgok gmbaq pun jadi la


fathi














comey x??
comey kan fathi nie.emmm bla blik bln 8 nie tntu dah bsar dah....

hari lahir ibu


pertama sekali aku nk ucap selamat hari ibu uat ibu yg ku sayang iaitu

 SITI ZAHRAH BT HASSAN
nie la ibu yg ku sayang.pengorbanan yg dia lakukan dalam membesarkan kmi 6 org adik beradik tanpa suami disisi cukup aku kagum sekali....
bla dah dok jauh darinya bru ku rasa nikmat rindu kepada ibu
sekarang ku benar2 rindu akan suaranya..
ku doakan semoga ALLAH panjangkan usianya
supaya ku bleh tunaikan hajat aku nk bwa dia ke RUMAH ALLAH
dgn wang aku sendiri.
sempena hari lahir dia ku lampirkan dgn sajak yg ku asa sesuai,yg dipetik dri sebuah blog
dimana saja dia ada kena mengena dengan aku huhuhuhu
jom layan.selamat ari lahir ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….